Cari @ Amanz

Untuk semua pengguna komputer, salah satu perkara yang amat tidak disukai adalah apabila sistem mereka crash secara tiba-tiba. Terdapat beberapa cara untuk ketahui apakah masalah yang menimbulkan BSOD dan membuatkan sistem crash, dan salah satu perisian yang memudahkan proses tersebut adalah WhoCrashed.

WhoCrashed

Terkini, pembangunnya telah mengemaskini perisian tersebut dengan sokongan untuk Windows 8.1, sekaligus memudahkan anda membuat analisa sistem dan sebagainya.

Menggunakan perisian ini, sekiranya sistem anda mengalami sebarang masalah, dan reboot secara tibat-tiba, anda hanya perlu menjalankannya – dan ia akan memperlihatkan masalah yang dikenal-pasti.

Laporan yang dihasilkan WhoCrashed ini turut menyertakan informasi berkenaan dengan hardware, sekaligus memudahkan proses anda untuk menaik-taraf sesuatu driver untuk hardware dan sebagainya.

Bagi anda yang menjalankan sistem operasi Windows, dan ingin menyemak apakah yang membuatkan sistem komputer anda untuk reboot secara tiba-tiba, ataupun mengapa ia sering memaparkan skrin BSOD, mungkin anda boleh menggunakan perisian WhoCrashed ini sekaligus mengatasi masalah driver dan sebagainya yang dialami komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd