Cari @ Amanz

Pihak Evozi sebelum ini pernah hadir dengan aplikasi PLUS Toll Rate, dan kini mereka dilihat turut sama menawarkan sebuah Chrome Extension khas yang membolehkan pengguna untuk memuat-turun fail APK daripada Google Play Store dengan mudah.

APK Downloader

Kadang-kala, walaupun sesetengah aplikasi diterbitkan di Google Play Store, namun ia mungkin terhad kepada beberapa negara sahaja, ataupun mungkin anda sendiri ingin memasang menggunakan APK untuk peranti anda.

Untuk memudahkah perkara ini, pihak Evozi telah hadir dengan sebuah perkhidmatan dinamakan sebagai APK Downloader. Menggunakannya, pengguna hanya perlu memasukkan URL untuk sesuatu aplikasi di Google Play Store, dan kemudian pautan terus ke fail APK akan disediakan melaluinya.

Sekiranya anda ingin memuat-turun fail APK terus dari pelayar web untuk peranti Android anda, mungkin boleh menyemak halaman APK Downloader hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd