Samsung Meneruskan Persetujuan Perlesenan Paten Dengan Nokia

Samsung Meneruskan Persetujuan Perlesenan Paten Dengan Nokia

Diterbitkan pada November 4, 2013 oleh .

Nokia sedia mempunyai beberapa paten utama dalam arena teknologi, dan kini ia dilihat Samsung akan meneruskan perlesenan untuk paten bersama-sama pihak Nokia untuk selama lima tahun lagi.

Walaubagaimanapun, berapakah bayaran yang terlibat dan apakah paten-paten yang terlibat tidak diketahui lagi. Maklumat berkaitan dengannya dijangka hanya akan diketahui sekitar 2015 kelak.

Nokia sebelum ini telah mengumumkan akan menjual bahagian peranti mereka kepada Microsoft, dan bahagian paten dan hak cipta dilihat akan terus kekal dibawah pihak Nokia, berbanding dengan unit pengiklanan mereka. Memandangkan mereka mungkin tidak akan mengeluarkan peranti mereka, maka mungkin tiada sebarang masalah berkenaan perkara ini, walaupun kos transaksi lebih menjimatkan sebelum ini.


TIPS & ULASAN