Tizen OS Diperlihatkan Pada Telefon Samsung Z9005 RedWood

Tizen OS Diperlihatkan Pada Telefon Samsung Z9005 RedWood

Diterbitkan pada November 4, 2013 oleh .

Tizen, walaupun masih belum didatangkan dalam bentuk tawaran peranti kepada umum buat masa ini, namun ia berkembang dengan positif dari hari ke hari. Terbaru, pihak TizenExperts berkongsi video baru, memperlihatkan Tizen 2.2 pada Samsung Tizen Z9005 RedWood.

Peranti ini lebih memfokuskan kepada pembangun, dan berfungsi untuk membantu mereka dalam pembangunan aplikasi dan sebagainya.

Melalui video yang dikongsikan ini, ia memperlihatkan secara lebih dekat dengan beberapa fungsi yang dibawakan oleh sistem operasi berkenaan. Secara kasar, kita boleh katakan beberapa fungsi yang disertakan pada TouchWiz hari ini turut terdapat pada peranti berkenaan.

Tizen 3.0 dijangka akan diperkenalkan sebagai kemaskini tidak lama lagi.

Samsung dikatakan akan hadir dengan telefon pintar Tizen mereka kepada umum pada penghujung tahun ini. Namun, tiada sebarang berita berkenaan dengannya buat masa ini, dan berkemungkinan ia ditangguhkan kepada awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN