Asus MeMO Pad 8 Akan Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Asus MeMO Pad 8 Akan Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 4, 2013 oleh .

Nampaknya dalam dua bulan terakhir ini, pihak Asus Malaysia mempunyai beberapa produk baru yang akan mula dijual di Malaysia, dimana selain daripada Asus FonePad Note 6, mereka juga bakal menawarkan Asus MeMO Pad 8 tidak lama lagi.

Asus MeMO Pad 8 merupakan tablet bersaiz 8-inci daripada Asus, dan dilengkapi dengan paparan 1280×800 pixel – serta cip pemprosesan empat-teras. Tablet ini turut dilengkapi dengan kamera 5-megapixel dengan sokongan auto-fokus pada bahagian belakang, sementara membawakan kamera 1.2-megapixel pada bahagian hadapan. Untuk sokongan audio, ia membawakan speaker stereo dengan teknologi SonicMaster.

Harga jualannya tidak diketahui lagi buat masa ini. Kami akan cuba dapatkan maklumat mengenai harga jualannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN