CEO BlackBerry Bakal Digantikan – Syarikat Tidak Akan Dijual Kepada Fairfax Financial

CEO BlackBerry Bakal Digantikan – Syarikat Tidak Akan Dijual Kepada Fairfax Financial

Diterbitkan pada November 4, 2013 oleh .

Pada beberapa minggu lepas, Fairfax Financial dilihat telah menawarkan harga sebanyak $4.7 bilion untuk mengambil-alih BlackBerry. Namun, kini ia dilaporkan perkara tersebut gagal untuk mencapai kata sepakat.

Sebaliknya, pihak Blackberry akan menerima dana pelaburan sehingga $1 bilion daripada beberapa pihak, termasuk Fairfax sendiri.

Selain daripada itu, mereka juga mengumumkan beberapa perubahan pada tampuk pengurusan, dimana CEO sedia ada Blackberry, iaitu Thorsten Heins akan meninggalkan jawatan beliau. Sebelum ini, dibawah beliau, BlackBerry telah hadir dengan sistem operasi baru mereka – Blackberry 10 termasuk beberapa produk baru yang lain.

Dalam perubahan ini, John Chen akan menjadi Pengerusi Eksekutif syarikat berkenaan, sekaligus akan membuat perancangan dan hala tuju BlackBerry selepas ini.

Sebelum ini, sejak tawaran Blackberry untuk diambil-alih diumumkan, pelbagai spekulasi hadir dengan dikatakan beberapa pihak berminat untuk mendapatkan syarikat dan beberapa teknologi milik syarikat berkenaan. Namun, nampaknya segala perbincangan gagal untuk mencapai kata sepakat sehingga kini, dan BlackBerry akan terus beroperasi seperti biasa.


TIPS & ULASAN