Gambar Prototaip Steam Machines Diperlihatkan

Gambar Prototaip Steam Machines Diperlihatkan

Diterbitkan pada November 4, 2013 oleh .

Pihak Valve sebelum ini telah sedia mengumumkan berkenaan perancangan Steam Machines mereka, dimana dijangka akan dipasarkan kepada umum bermula tahun hadapan. Untuk permulaan mereka sedia menawarkan beberapa prototaip untuk diuji dan menerima maklumbalas berkenaan dengannya daripada pengguna.

Prototaip Steam Machines

Sehingga kini, gambar Steam Machines tidak dikongsikan, dan hari ini SeattleTimes berkongsi gambar rekabentuk prototaip Steam Machine.

Prototaip pertama Steam Machine yang menjalankan sistem operasi Valve tersendiri, SteamOS dijangka akan ditawarkan kepada beberapa pengguna tidak lama lagi. Bersama-sama dengannya, Steam Controller juga dijangka akan ditawarkan.

Sebelum ini, pihak Valve sedia berkongsi akan berkenaan dengan spesifikasi untuk versi prototaip ini, dan kini dengan gambarnya hadir, semestinya ramai yang nantikan lebih info berkenaan dengannya, termasuk prestasinya dalam memainkan pelbagai permainan di Steam.


TIPS & ULASAN