Klien Instagram Natif Untuk BlackBerry – iGrann Hadir Dalam Bentuk Beta

Klien Instagram Natif Untuk BlackBerry – iGrann Hadir Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada November 5, 2013 oleh .

Untuk pengguna BlackBerry 10, sebelum ini terpaksa menggunakan kebolehan untuk sideload aplikasi Android untuk menggunakan perkhidmatan Instagram. Namun, ia dilihat akan berubah tidak lama lagi.

Beberapa aplikasi berbentuk klien natif untuk Instagram kini hadir, dan salah satunya adalah iGrann yang dalam pembangunan. Dalam memberikan idea bagaimanakah aplikasi tersebut berfungsi, pembangun aplikasi iGrann ini telah pun mula menawarkan versi beta untuk klien Instagram untuk BlackBerry 10 mereka.

Memandangkan masih dalam versi beta, maka beberapa fungsi masih tidak ditawarkan dimana antaranya adalah kebolehan melihat profil mahupun pendaftaran. Namun, fungsi asas seperti memuat-naik gambar masih boleh digunakan padanya.

iGrann versi beta ini juga masih tidak stabil sepenuhnya, dan pengguna dinasihatkan untuk menggunakannya atas risiko sendiri. Pembangunnya dijangka akan memperkenalkan versi penuh di BlackBerry World tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN