Cari @ Amanz

HTC hari ini dilihat telah pun berkongsi perancangan pengenalan kemaskini Android 4.4 KitKat mereka. Selain peranti “Google Edition” yang akan menerimanya dalam beberapa minggu lagi, pengguna umum dijangka akan diperkenalkan dengan kemaskini Android 4.4 KitKat bermula Januari.

Walaubagaimanapun, perancangan yang diumumkan hanya untuk negara sekitar Eropah, Afrika dan Timur Tengah sahaja. Berkemungkinan kita akan melihat perbezaan masa beberapa bulan sebelum ia diperkenalkan di sekitar Asia.

Kemaskini Android 4.4 KitKat dijangka akan hadir bersama-sama Sense 5.5 untuknya.

Selain kemaskini Android ini, pihak HTC juga dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang akan didatangkan dengan HTC Sense 6.0 – dikenali dengan nama kod HTC M8 buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd