Carian
Caller ID Pada KitKat 4.4 Akan Mula Menyokong Akaun Pengguna Peribadi Bermula 2014
November 5, 2013 Aman

Pada pengenalan Android 4.4 KitKat, Google telah memperkenalkan kemaskini pada bahagian dialer, dimana sekiranya nombor yang tidak dikenali membuat panggilan kepada anda, ia akan membuat carian pantas di Google Places dan memaparkan siapakah yang membuat panggilan.

Google Dialer

Fungsi yang memaparkan nombor telefon akaun perniagaan pada Google Places ini dijangka akan turut diperluaskan kepada akaun peribadi bermula tahun hadapan.

Selamat tinggal YellowPages!Dengan sistem caller ID ini, ia akan memudahkan pengguna untuk mengetahui siapakah yang membuat panggilan. Memandangkan Google sedia mempunyai pangkalan data yang besar untuk pengguna, apatah lagi ramai menggunakan nombor telefon peribadi untuk tujuan pengesahan dwi-faktor, maka perkara ini akan memudahkan fungsi ini diimplementasi dengan mudah. Fungsi ini juga dijangka akan mengubah bagaimana pengguna menggunakan buku alamat, memandangkan boleh menaip nama sesiapa dan membuat panggilan serta-merta kepada mereka.

Seperti biasa, bercakap mengenai soal privasi, pihak Google menyediakan sebuah halaman khas, untuk membolehkan pengguna tidak menyenaraikan nombor telefon mereka untuk carian umum, sekaligus tidak menyertakannya pada sistem caller ID daripada Google ini.

Komen