CEO Acer Meninggalkan Jawatan

CEO Acer Meninggalkan Jawatan

Diterbitkan pada November 5, 2013 oleh .

Selepas pada malam semalam BlackBerry mengumumkan perubahan CEO mereka, hari ini pengeluar komputer dari Taiwan, Acer pula melakukan perkara sama, dimana CEO sedia ada mereka JT Wang telah pun mengumumkan akan meninggalkan jawatan tersebut.

Pada suku ketiga 2013 yang lepas, Acer yang merupakan pengeluar PC ke-4 terbesar didunia mengumumkan kerugian sehingga T$13.12 bilion (RM1.42 bilion).

Perkara ini adalah kerana syarikat Acer yang dilihat mengalami kerugian akhir-akhir ini. Kerana gagal membawanya kepada keuntungan, JT Wang mengambil tanggung jawab dan mengumumkan akan meninggalkan jawatan tersebut.

Menggantikan beliau adalah presiden syarikat Acer, Jim Wong yang mana akan bermula daripada 1 Januari. Pengasas syarikat berkenaan, Stan Shih akan mengetuai sebuah komiti sementara JT Wang terus kekal sebagai pengerusi syarikat berkenaan sehingga Jun hadapan.

Selain perubahan pada CEO, Acer juga mengatakan mereka akan mengurangkan staf global mereka sebanyak 7% dimana akan sekaligus menjimatkan perbelanjaan syarikat sebanyak $100 juta setahun.


TIPS & ULASAN