Cari @ Amanz

Sejak beberapa hari yang lepas, beberapa laman telah pun mula berkongsi gambar untuk Steam Machine dan juga Steam Controller. Hari ini, pihak Valve sendiri berkongsi gambar rasmi untuk kedua-dua produk mereka yang kini masih pada peringkat prototaip.

Steam Machine merupakan salah satu “konsol” daripada Valve yang menjalankan SteamOS, membolehkan pengguna menikmati kandungan multimedia dan permainan mereka terus pada skrin televisyen.

Dalam usaha untuk memberikan kawalan seumpama papan kekunci dan tetikus pada komputer, Steam Machine hadir dengan alat kawalan yang dinamakan Steam Controller.

Kedua-duanya akan ditawarkan kepada beberapa pengguna awal dalam bentuk prototaip dan berdasarkan kepada maklumbalas mereka, beberapa pengoptimasian akan dilakukan.

Produk rasmi Steam Machine dan juga Steam Controller dijangka akan dipasarkan kepada umum bermula tahun hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd