Shopify Bakal Mengadakan Kelas Pembelajaran Platform Mereka Pada Penghujung Minggu Ini

Shopify Bakal Mengadakan Kelas Pembelajaran Platform Mereka Pada Penghujung Minggu Ini

Diterbitkan pada November 5, 2013 oleh .

Shopify baru sahaja melancarkan perkhidmatan platform e-dagang mereka secara rasmi di Malaysia, dan dalam usaha untuk mendidik dan mengajar pengguna menggunakannya, kini mereka menjadualkan sebuah acara perkongsian ilmu pada penghujung minggu ini.

Melaluinya, beberapa perkara yang akan disentuh adalah termasuk strategi menjalankan perniagaan internet, demo penggunaan Shopify dan perkongsian beberapa kajian kes penggunaan Shopify.

Bagi yang tidak mengenali akan Shopify, ia menawarkan platform e-dagang kepada para penjual, memudahkan penjual menggunakannya dalam membangunkan laman jual-beli mereka. Platform Shopify juga membawakan sokongan iPay88 untuk memudahkan proses penerimaan bayaran daripada bank-bank tempatan.

Untuk mereka yang terlibat dalam jual-beli di arena internet, mungkin boleh menyertai workshop yang akan dianjurkan Shopify pada penghujung minggu ini – 9 November di Plug & Play, Level 7,  South Tower, Gardens MidValley KL.

Sertai : Workshop Shopify di KL


TIPS & ULASAN