Cari @ Amanz

Waze merupakan salah satu aplikasi bantuan navigasi yang digunakan secara meluas diseluruh dunia, termasuk di Malaysia. Ia memberikan bantuan navigasi dengan sokongan arahan suara untuk memudahkan pengguna untuk mengikutnya ketika memandu.

Namun, salah satu perkara yang tidak diketahui ramai adalah sokongan bahasa Malaysia yang turut hadir pada aplikasi berkenaan.

Menggunakannya, pengguna boleh mengikuti arahan suara untuk navigasi dalam bahasa Malaysia, dan mungkin boleh digunakan sebagai pilihan alternatif berbanding bahasa Inggeris.

Untuk mengubah bantuan arahan suara ke bahasa Malaysia, pengguna hanya perlu ke menu Settings, dan seterusnya memilih Sound. Pada halaman Sound, pengguna boleh klik pada Navigation Guidance dan menetapkan ia kepada Melayu.

Waze BM

Selain daripada tetapan bahasa untuk bantuan suara, pengguna juga boleh mengubah bahasa yang digunakan pada Waze dengan ke halaman Settings > General > Language.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd