Cari @ Amanz

Humble WB BundleHari ini, pihak Humble Bundle hadir dengan edisi baru tawaran mereka, dimana dikenali dengan nama Humble (Warner Bros) Bundle. Seperti pada namanya, beberapa permainan popular daripada penerbit Warner Bros ditawarkan melaluinya.

Sebanyak enam permainan ditawarkan melalui Humble Bundle ini, iaitu Batman: Arkham Asylum Game of the Year Edition, FEAR 2 : Project Origin, FEAR 3, dan juga Lord of the Rings : War in the North. Sekiranya pemain membuat sumbangan atau bayaran harga purata, mereka akan mendapat permainan Scribblenauts Unlimited dan juga Batman Arkham City Game of the Year Edition.

Untuk makluman, setiap pembelian yang dilakukan, Humble Bundle menawarkan kekunci Steam, dimana pengguna akan diperlukan untuk memuat-turunnya melalui Steam.

Bagi anda yang berminat untuk menambah koleksi permainan anda, mungkin boleh ke Humble (WB) Bundle hari ini, dan mendapatkannya – disamping membuat sumbangan kepada badan kebajikan yang “We Can Be Heroes”.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd