Cari @ Amanz

Google Search iOSUntuk para pengguna peranti iOS, hari ini pihak Google telah mengemaskini aplikasi Google Search mereka, dimana bersama-sama dengannya pelbagai fungsi baru disertakan.

Antara fungsi baru yang kini hadir termasuklah sokongan notifikasi, Reminders, beberapa jenis card baru yang digunakan pada Google Now dan termasuk sokongan carian dengan hanya menyebut “Ok, Google”.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS seperti iPhone ataupun iPad, mungkin boleh memuat-turunnya hari ini dan menggunakan ia untuk pelbagai carian, atau tujuan untuk mengingatkan anda dengan beberapa info termasuk peringatan peribadi anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd