Kerajaan Kanada Dilaporkan Menghalang Pembidaan BlackBerry Oleh Lenovo

Kerajaan Kanada Dilaporkan Menghalang Pembidaan BlackBerry Oleh Lenovo

Diterbitkan pada November 6, 2013 oleh .

Sebelum ini, kita sedia mendengar beberapa kali mengenai Lenovo yang berminat untuk mendapatkan BlackBerry. Namun, pada akhirnya BlackBerry kekal persendirian tanpa diambil-alih oleh sesiapa.

Mengikut laporan yang hadir hari ini, ia dikatakan Lenovo amat berminat untuk mendapatkan syarikat yang memfokuskan kepada teknologi mudah-alih berkenaan. Namun, ia mendapat halangan daripada pihak kerajaan Kanada.

Perkara ini dikatakan adalah kerana hal-hal sekuriti, dan pihak kerajaan Kanada tidak akan membenarkan syarikat China untuk mengambil-alih BlackBerry yang diintegrasikan secara mendalam dalam infrastruktur telekomunikasi di negara terbabit.

Disebabkan perkara ini, ia dikatakan BlackBerry tidak menerima sebarang proposal daripada pihak Lenovo, apatah lagi sekiranya ia akan ditolak kelak.


TIPS & ULASAN