Cari @ Amanz

Dunia pelayar web boleh dikatakan antara yang berkembang dengan pesat, dan mengalami perubahan hampir setiap minggu. Dengan pelbagai penambahan teknologi web baru, hari ini pihak Google dilihat mengumumkan tidak lagi akan menyokong Internet Explorer 9 untuk perkhidmatan mereka.

Google mengatakan mereka hanya akan menyokong dua versi terakhir pelayar web sahaja, dan dengan Internet Explorer 11 yang telah dilancarkan bersama-sama Windows 8.1 tempoh hari, mereka akan menamatkan sokongan untuk IE9 selepas ini.

Seperti biasa, Google meminta pengguna untuk mengemaskini pelayar web mereka, ataupun menggunakan Chrome yang hadir dengan sokongan kemaskini automatik.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd