(Video) Lima Telefon Pintar Keluarga Nexus Dibandingkan

(Video) Lima Telefon Pintar Keluarga Nexus Dibandingkan

Diterbitkan pada November 6, 2013 oleh .

Beberapa minggu sebelum ini kita telah melihat perbandingan antara iPhone daripada generasi awal sehingga yang terkini. Kini, pihak PhoneBuff pula hadir dengan sebuah video memperlihatkan perbandingan antara Nexus One sehinggalah Nexus 5 yang terkini.

Selepas beberapa tahun, kita akan lihat peranti empat-teras hari ini beroperasi dengan lambat.Melalui video yang dikongsikan ini, lima peranti dibandingkan, iaitu Nexus One, Nexus S, Galaxy Nexus, Nexus 4 dan juga Nexus 5.

Seperti biasa, dengan setiap generasi ia menyertakan sokongan pemprosesan, grafik dan skrin yang lebih baik dan berkuasa. Perkara ini sekaligus menjadikan Nexus 5 lebih baik berbanding dengan pelbagai peranti Nexus lain sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Nexus 5 akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya. Beberapa pengedar tempatan dilihat telah pun mula menawarkan peranti berkenaan yang dibawa masuk daripada negara luar pada harga sekitar RM1499.


TIPS & ULASAN