Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, aplikasi findMasjid telah diperkenalkan untuk pengguna Android, dan kini aplikasi yang sama turut hadir untuk pengguna peranti iPhone, iPad dan juga iPod Touch dengan tawaran fungsi sama.

FindMasjid iOS

findMasjid, seperti pada namanya, ia membolehkan pengguna untuk membuat carian masjid terdekat di sekitar Malaysia. Selain daripada itu, pengguna juga turut sama boleh melihat aktiviti yang berlaku di sesuatu masjid, ataupun pengguna boleh menambahnya sendiri menggunakan aplikasi berkenaan. Sokongan merakamkan gambar seperti pada versi Android sebelum ini turut diperkenalkan pada aplikasi versi iOS ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, mungkin boleh memuat-turunnya hari ini dan menggunakannya untuk mencari lokasi masjid berdekatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd