Facebook hari ini mengumumkan kemaskini kepada rekabentuk butang “Like” dan “Share” yang digunakan secara meluas di seluruh web, membawakan penggunaan warna biru – menjadikan ia lebih terang dan menarik perhatian berbanding kebiasaan.
Menurut Facebook, butang Like dan Share diperlihatkan lebih 22 bilion kali setiap hari di lebih 7.5 juta web seluruh dunia. Kedua-dua butang ini memberikan impak yang amat tinggi kepada perkongsian artikel di web ke laman sosial, sekaligus membolehkan ia dicapai oleh pembaca lain.
Penggunaan butang baru Like dan Share ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang.