Samsung Berkongsi Beberapa Perancangan Dalam Arena Cip Pemprosesan Dan Skrin Paparan

Samsung Berkongsi Beberapa Perancangan Dalam Arena Cip Pemprosesan Dan Skrin Paparan

Diterbitkan pada November 7, 2013 oleh .

Selain daripada peranti dengan skrin boleh lipat, Samsung juga turut berkongsi beberapa teknologi lain yang akan dibawakan oleh mereka dalam setahun dua ini. Perkara ini dikongsikan oleh Samsung bersempena dengan Samsung Analyst Day 2013.

Muat-Turun Fail Pembentangan Samsung Analyst Day 2013

Daripada pihak Samsung, dalam setahun dua ini kita akan melihat perubahan dari segi penggunaan cip pemprosesan. Samsung merancang bukan sahaja untuk hadir dengan cip ARM 64-bit, tetapi juga yang menggunakan architecture tersendiri mereka dan berasaskan kepada teras 64-bit.

Samsung Analyst Day 2013

Walaupun yang versi ARM mungkin kita akan lihat dalam masa terdekat, namun yang menggunakan rekaan sendiri mereka masih tidak diketahui sepenuhnya bilakah akan diperkenalkan.

Selain daripada itu, Samsung juga dilihat turut memfokuskan kepada arena skrin paparan. Selain daripada paparan berbentuk skrin fleksibel, pihak Samsung turut dilihat akan hadir dengan skrin paparan 4K pada peranti mudah-alih mereka menjelang 2015.

Samsung Analyst Day 2013

Pada acara yang sama juga, pihak Samsung turut sama berkongsi beberapa perkara mengenai statistik, dimana mereka mensasarkan pengeluaran dan jualan sehingga 100 juta unit Galaxy Note dan juga Galaxy S pada tahun ini.

Samsung Analyst Day 2013

Samsung Analyst Day 2013

Samsung Analyst Day 2013

Samsung Analyst Day 2013

Disamping itu, pihak Samsung juga dilihat ingin memfokuskan kepada arena peranti pelengkap, seperti jam tangan pintar mereka yang diperkenalkan baru-baru ini.

Dengan berkongsi pelbagai maklumat ini, ia dilihat Samsung mungkin akan menerima sokongan daripada para pelabur mereka, disamping membolehkan pelabur mengetahui akan perancangan dan matlamat mereka.

Samsung juga turut menekankan yang mana mereka merupakan pemegang paten terbesar untuk portfolio Amoled dan juga skrin fleksibel pada hari ini. Sekiranya peranti pelengkap mendapat pasaran yang meluas dalam setahun dua ini, semestinya perkara ini sekaligus akan menguntungkan gergasi dari Korea Selatan ini yang sedia mempunyai kapasiti pengeluaran yang tinggi dalam arena skrin paparan dan juga memori serta teknologi cip.


TIPS & ULASAN