YouTube sebelum ini pernah berkongsi akan perancangan untuk memperkenalkan sistem komen baru berasaskan kepada Google+. Kini, selepas fasa ujian, YouTube secara rasmiya telah mengumumkan yang mana sistem komen baru ini akan diimplementasikan bermula minggu ini dengan meluas.
Dengan sistem komen baru ini, ia akan menggunakan identiti Google+, disamping memberikan kebolehan untuk tag pengguna, berkongsi pautan, dan membuat beberapa perkara lain pada komen.
Bahagian komen di YouTube juga dikatakan akan memaparkan komen-komen yang lebih relevan berbanding sebelum ini.
Pengenalan sistem komen baru ini dilihat mendapat reaksi berbeza daripada pengguna seluruh dunia, dimana ada yang mengemarkannya memandangkan sistem komen di YouTube akan lebih terkawal berbanding sekarang. Sementara ada juga pengguna yang tidak mengemarkan sistem komen berasaskan Google+ ini.
Jadi, bagi anda, adakah anda menyukai perubahan yang dibawakan Google ini ataupun sebaliknya?