Beberapa pengeluar peranti sedia membayar pihak Microsoft untuk menggunakan paten milik gergasi perkomputeran tersebut dalam peranti Android. Kini, mengikut seorang penganalisa, Microsoft dianggarkan menjana sehingga $2 bilion dalam bentuk royalti untuk paten yang digunakan peranti Android daripada para pengeluar.
Pendapatan dalam bentuk royalti ini dikatakan membolehkan Microsoft untuk tidak begitu memperlihatkan perbelanjaan yang dilakukan oleh bahagian Xbox dan juga platform mudah-alih mereka.
Walaubagaimanapun, memandangkan angka ini dikeluarkan oleh penganalisa, maka mungkin angka ini tidak begitu tepat. Tetapi, sekiranya ya, maka boleh dikatakan Android merupakan salah satu perkara yang menguntungkan pihak Microsoft berbanding platform mereka sendiri.