Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kita telah mula melihat data Waze mula diintegrasikan pada aplikasi mudah-alih Google Maps untuk Android dan iOS. Kini, hari ini pihak Google turut sama berkongsi kemaskini untuk versi web mereka.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan ini, ia menyertakan beberapa sokongan baru, dimana selain integrasi data daripada Waze, ia juga turut menyertakan sokongan paparan dalam bentuk 3D yang dinamakan sebagai Earth Tours. Namun sokongan Earth Tours ini masih terhad untuk beberapa lokasi sahaja dan memerlukan pengguna mengaksesnya menggunakan pelayar web yang menyokong WebGL seperti Chrome.

Google Maps Waze

Bersama-sama pengenalan fungsi baru ini, pihak Google turut sama mengembalikan fungsi Pegmen dalam memudahkan pengguna melihat sesuatu lokasi yang menyokong paparan Street View.

Pengenalan fungsi baru ini kepada para pengguna dijangka akan dilakukan secara berperingkat dalam beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd