AirAsia mempunyai aplikasi untuk beberapa platform, dan hari ini ia mengumumkan kerjasama dengan pihak Nokia dalam membangunkan sebuah aplikasi khusus untuk platform Windows Phone 8. Seperti kebanyakkan aplikasi Windows Phone 8, aplikasi AirAsia ini turut bakal membawakan rekabentuk yang selari dengan platform tersebut.
Menggunakan aplikasi berkenaan, ia akan membolehkan pengguna untuk membuat tempahan dan pembayaran melalui kad kredit terus melalui aplikasi berkenaan. Aplikasi berkenaan juga dijangka akan menyertakan sokongan carian suara untuk tempahan dan beberapa ciri-ciri interaktif yang lain. Integrasi fungsi Live Tiles juga bakal disediakan yang akan membolehkan pengguna lihat info mengenai tempahan mereka terus pada skrin utama telefon Windows Phone 8 mereka.
Tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan pelancarannya untuk umum. Mungkin kita akan dapat melihatnya dalam masa beberapa bulan lagi.