TM Melancarkan Inisiatif “My1Hub” – Memfokuskan Kepada Hab Komunikasi Serantau

TM Melancarkan Inisiatif “My1Hub” – Memfokuskan Kepada Hab Komunikasi Serantau

Diterbitkan pada November 7, 2013 oleh .

Telekom Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa inisiatif dalam usaha untuk memenuhi keperluaan komunikasi rakan usahasama tempatan dan juga antarabangsa. Inisiatif ini dinamakan sebagai My1Hub, selain mana pihak TM turut melancarkan IIGW (Iskandar International Gateway) pada acara yang sama.

My1Hub akan menyediakan sebuah hab sehenti neutral yang akan membolehkan sambungan menyeluruh dari Malaysia ke seluruh negara. Untuk menayakannya, ia TM akan membuat pelaburan kabel dasar laut seperti Cahaya Malaysia yang dimiliki TM sepenuhnya dan menghubungkan Malaysia – Hong Kong – Jepun. Selain Cahaya Malaysia, pihak TM turut sama merupakan ahli konsortium untuk sistem kabel Batam-Dumai-Melaka yang menghubungkan Malaysia ke Indonesia.

Untuk Iskandar International Gateway (IIGW), TM akan membuat pelaburan dalam menyediakan hab untuk memenuhi keperluan pusat data dan kandungan.

Dengan pengenalan ini, ia sekaligus akan membolehkan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik sebagai pusat data bertaraf dunia di Asia Pasifik.

Ia turut dikatakan semua nod My1Hub akan dihubungkan ke stesen pendaratan kabel di Malaysia pada kapasiti jalur lebar yang tinggi, sekaligus menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih pantas.

Cahaya Malaysia akan menyediakan sambungan 560Gbps di antara Malaysia ke Jepun dan Hong Kong dengan berkeupayaan sehingga 6.4Tbps. Cahaya Malaysia akan menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi sambungan antarabangsa yang menyeluruh bagi menyokong perkhidmatan HSBB dan IP negara. Sistem kabel ini menggunakan teknologi 40Gbps terkini dan dengan keupayaan untuk menyokong teknologi gelombang 100Gbps pada masa akan datang, ini akan membolehkan penyediaan perkhidmatan lebih pantas dan menaik taraf sistem, serta permintaan dan peningkatan lebar jalur untuk memenuhi keperluan industri.

Iskandar International Gateway (IIGW) diperkukuhkan dengan pelbagai sambungan yang digabungkan terus kepada stesen pendaratan kabel TM bagi memastikan infrastruktur rangkaian di Iskandar Malaysia dapat memenuhi permintaan data dan perkhidmatan yang pesat berkembang dengan kelajuan sehingga 10Gbps. Terletak secara strategik di Nusajaya, Johor, IIGW merupakan metropolis serantau yang membangun, dan berkembang pantas dengan rangkaian generasi akan datang yang stabil, boleh ubah dan pelbagai, sekaligus memperbaiki prestasi perkhidmatan dan memberikan pengalaman jalur lebar yang menyeluruh.


TIPS & ULASAN