Tizen 3.0 Mungkin Akan Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan?

Tizen 3.0 Mungkin Akan Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan?

Diterbitkan pada November 7, 2013 oleh .

Walaupun telefon pintar berasaskan Tizen dilihat tidak akan hadir pada tahun ini, namun pembangunan Tizen terus bergerak kehadapan. Mengikut desas-desus terkini, ia dikatakan sistem operasi Tizen 3.0 mungkin akan diperkenalkan pada minggu hadapan.

Tizen 3.0 pernah tertiris dalam bentuk gambar sebelum ini, dimana ia dilihat akan membawakan rekaan berkonsepkan mendatar yang menjadi trend akhir-akhir ini, selain beberapa elemen daripada TouchWiz milik samsung.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diperlihatkan oleh pembangun Tizen pada minggu hadapan melalui sebuah acara khas memfokuskan pembangun yang diadakan di Korea Selatan.

Baca : Empat platform operasi alternatif


TIPS & ULASAN