Sony Berkongsi Perancangan Untuk Android 4.3 Dan Android 4.4 – Kemaskini Bermula Disember

Sony Berkongsi Perancangan Untuk Android 4.3 Dan Android 4.4 – Kemaskini Bermula Disember

Diterbitkan pada November 8, 2013 oleh .

Seperti dinantikan, hari ini pihak Sony secara rasminya berkongsi akan perancangan mereka untuk kemaskini Android versi 4.3 dan juga 4.4 bagi peranti-peranti keluaran mereka.

Menurut Sony, Xperia Z, Xperia ZL, Xperia ZR, Xperia Tablet Z, Xperia SP, Xperia Z Ultra dan juga Xperia Z1 akan menerima kemaskini Android 4.3 bermula bulan hadapan. Selain daripada peranti berkenaan, Xperia T, Xperia TX dan juga Xperia V turut sama akan menerima kemaskini sama pada bulan hadapan.

Untuk kemaskini Android 4.4 pula, pihak Sony mengatakan Xperia Z, Xperia ZL, Xperia Tablet Z, Xperia Z Ultra dan juga Xperia Z1 akan menerimanya. Namun, tarikh untuk pengenalannya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN