Perkhidmatan Storan Mega Membawakan Beberapa Kemaskini – Berkongsi Perancangan Akan Datang

Perkhidmatan Storan Mega Membawakan Beberapa Kemaskini – Berkongsi Perancangan Akan Datang

Diterbitkan pada November 8, 2013 oleh .

Mega telah diperkenalkan pada awal tahun ini, dimana perkhidmatan daripada Kim Dotcom yang terkenal dengan MegaUpload sebelum ini telah sedia dinantikan ramai. Setelah sekian lama dalam fasa beta, kini perkhidmatan tersebut telah pun keluar daripada fasa tersebut, dan membawakan beberapa perubahan baru bersama-sama dengannya.

Mega

Antaramuka perkhidmatan tersebut dilihat diberikan sedikit perubahan, disamping dikatakan kini beroperasi lebih pantas, serta menyertakan sokongan local caching.

Bercakap mengenai perancangan akan datang, aplikasi Mega yang sedia terdapat untuk Android bakal diperluaskan ke iOS. Disamping itu, perisian sync untuk desktop turut akan hadir pada Windows, OS X dan juga Linux.

Mega

Mega juga turut sama berkongsi dimana mereka akan turut hadir dengan perkhidmatan komunikasi dalam bentuk teks dan juga video pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN