Cari @ Amanz

Pelayar web Chrome sedia mempunyai pelbagai extension (pemalam) yang ditawarkan oleh pembangun dalam menambah beberapa fungsi tambahan padanya. Kini, Google membuat beberapa perubahan polisi, dimana pemalam daripada laman pihak ketiga tidak lagi boleh dipasang pada Chrome versi stabil dan beta bermula Januari 2014.

Perubahan ini dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan, sekaligus mengatakan akan mengurangkan kadar malware yang selalunya diedarkan melalui laman pihak ketiga ini. Kebiasaannya, sesuatu pemalam itu dihalang daripada diterbitkan pada Chrome WebStore disebabkan beberapa polisi, seperti memuat-turun media dan sebagainya.

Pada hari ini sendiri ia boleh dikatakan proses memasang pemalam daripada pihak ketiga agak sukar, dan memerlukan beberapa langkah sebelum berjaya memasangnya.

Halangan pemasangan ini dilihat akan diperkenalkan untuk pengguna Windows, dan masih tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan untuk pengguna Mac dan Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd