Autodesk Dilihat Membuat Pelaburan Pada Perkhidmatan Deviantart

Autodesk Dilihat Membuat Pelaburan Pada Perkhidmatan Deviantart

Diterbitkan pada November 8, 2013 oleh .

deviantartBagi mereka yang gemarkan seni dan grafik, semestinya laman Deviantart bukan sesuatu yang asing lagi. Laman yang telah sedia beroperasi sejak tahun 2000 ini, kini dilihat telah pun menerima pelaburan daripada pihak Autodesk.

Mengikut apa yang dikongsikan, jumlah pelaburan dikatakan sehingga $10 juta, dan mungkin akan digunakan dalam terus memperluaskan dan menambah-baik perkhidmatan Deviantart.

Deviantart boleh dikatakan antara komuniti internet lama yang masih kekal aktif, dan mempunyai lebih daripada 27.8 juta pengguna dengan perkongsian karya mencapai lebih 250 juta.

Sebelum ini, pihak Deviantart juga pernah memulakan kempen mereka dalam usaha untuk mendapatkan domain dengan akhiran .ART.

Autodesk pula merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pengeluaran perisian untuk rekabentuk 3D yang digunakan meluas dalam bidang kejuruteraan, media, pengeluaran dan beberapa industri yang lain.

Mungkinkah kita akan dapat melihat integrasi antara kedua-dua perkhidmatan ini kelak?


TIPS & ULASAN