Apple Memperkenalkan Kemaskini Mavericks – Mengatasi Masalah GMail

Apple Memperkenalkan Kemaskini Mavericks – Mengatasi Masalah GMail

Diterbitkan pada November 8, 2013 oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk OS X Mavericks, sekaligus mengatasi masalah untuk emel GMail yang dihadapi oleh pengguna sistem operasi berkenaan.

Selain daripada kemaskini untuk sokongan GMail yang lebih baik, aplikasi Mail pada OS X Mavericks juga dilihat menerima beberapa kemaskini lain, termasuk dengan angka emel yang dipaparkan dengan kurang tepat dan sebagainya.

Untuk mengemaskini aplikasi Mail pada OS X Mavericks, pengguna perlu ke menu Apple > Software Update dan memulakan proses kemaskini melaluinya.

Baca : Ulasan OS X Mavericks


TIPS & ULASAN