Lebih Maklumat Berkaitan PlayStation 4 Untuk Pasaran Malaysia Akan Diketahui Minggu Hadapan

Lebih Maklumat Berkaitan PlayStation 4 Untuk Pasaran Malaysia Akan Diketahui Minggu Hadapan

Diterbitkan pada November 8, 2013 oleh .

Pada minggu ini, Sony telah berkongsi beberapa maklumat berkaitan dengan PlayStation 4 di Hong Kong. Untuk pasaran Malaysia pula, konsol permainan tersebut akan diperlihatkan pada minggu hadapan, dan semestinya kita akan dapat mendengar beberapa maklumat tambahan berkaitan dengannya.

PlayStation 4

PlayStation 4 merupakan konsol terbaru daripada pihak Sony, yang mana membawakan beberapa perubahan, bukan sahaja pada bahagian konsol, tetapi juga pada alat kawalan konsol tersebut.

Jikalau mengikut cara pengumuman di Hong Kong tempoh hari, kita akan mendapat tahu mengenai harga, dan sebagainya pada tarikh 14 November ini di Malaysia. Seperti biasa, kami akan membawakan perkembangan langsung daripada acara berkenaan pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN