Elop Mungkin Membuat Perubahan Strategi Sekiranya Menjadi CEO Microsoft

Elop Mungkin Membuat Perubahan Strategi Sekiranya Menjadi CEO Microsoft

Diterbitkan pada November 8, 2013 oleh .

Stephen Elop merupakan salah seorang yang dikatakan tersenarai sebagai calon untuk CEO Microsoft selepas Steve Ballmer. Kini, mengikut laporan Bloomberg, ia dikatakan sekiranya Elop menjadi CEO, maka beberapa perubahan strategi mungkin dilakukan beliau.

Ia dikatakan Elop mungkin akan bersedia untuk menjual atau menamatkan beberapa bahagian didalam syarikat perkomputeran tersebut, dimana antara produk yang dikatakan mungkin akan ditamatkan adalah termasuk Bing dan juga Xbox.

Seperti biasa, ia mungkin juga hanya spekulasi awal, memandangkan siapakah akan menjadi CEO baru Microsoft masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Pencarian CEO untuk Microsoft telah dimulakan sejak Steve Ballmer mengumumkan akan bersara dalam tempoh kurang 12 bulan lagi, dan beberapa calon diperkatakan menarik perhatian, dimana selain daripada Elop, Alan Mulally daripada Ford juga turut hangat diperkatakan.

Elop menyertai Microsoft semula selepas bahagian peranti Nokia dipersetujui untuk diambil-alih oleh syarikat gergasi berkenaan pada bulan September lepas.


TIPS & ULASAN