Cari @ Amanz

Pihak Nokia Malaysia dilihat telah pun mula mempromosikan gambar Lumia 1520 di halaman rasmi Facebook mereka, dimana pada masa yang sama turut menyertakan hashtag #ComingSoon, menandakan ia akan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Nokia Lumia 1520 merupakan phablet pertama daripada pihak Nokia, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 800, skrin bersaiz 6-inci, serta dilengkapi dengan kamera belakang 20-megapixel PureView.

Beberapa penambah-baikkan disertakan termasuk ruangan mikro-SD, rakaman audio stereo, beberapa aplikasi khas, serta menggunakan Windows Phone 8 Update 3.

Daripada promosi yang telah mula dilakukan melalui laman Facebook mereka, mungkin kita akan melihat ia dilancarkan di Malaysia pada tahun ini.

Nokia Lumia 1520

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd