Maxis Hadir Dengan Aplikasi Circle Watch Untuk Android

Maxis Hadir Dengan Aplikasi Circle Watch Untuk Android

Diterbitkan pada November 9, 2013 oleh .

Maxis merupakan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkan pelbagai pilihan aplikasi khusus untuk pelanggan mereka. Terkini, mereka menambah koleksi tawaran mereka dengan aplikasi baru dinamakan Circle Watch.

Maxis Circle Watch

Melalui Circle Watch, ia memfokuskan kepada keselamatan dimana anda atau ahli keluarga anda boleh mengetahui lokasi semasa, selain mana membolehkan anda menerima notifikasi bila ahli keluarga anda memasuki sesuatu kawasan seperti sekolah, rumah dan sebagainya.

Pengguna juga boleh menghantar mesej pantas melalui butang Panic Allert yang mana akan menghantar lokasi semasa, termasuk rakaman video ringkas serta-merta kepada ahli keluarga yang lain. Seperti biasa, untuk menggunakannya, kedua-dua pengguna dan ahli keluarga perlulah menggunakan aplikasi Circle Watch ini.

Daripada apa yang dilihat, aplikasi Circle Watch ini menggunakan teknologi SecqME, dimana ia turut menawarkan aplikasi berasingan yang dinamakan sebagai Watch Over Me. Namun, antaramuka dan rekabentuk aplikasi Circle Watch ini dilihat lebih kemas berbanding dengannya.

Buat masa ini, aplikasi Circle Watch ini hanya terhad untuk pengguna Android, dan mungkin akan diperluaskan ke platform lain tidak lama lagi.

Muat-Turun Maxis Circle Watch untuk Android


TIPS & ULASAN