Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan pengguna melihat dan menemui aplikasi baru untuk peranti mudah-alih mereka. Terkini, salah satu aplikasi daripada pembangun tempatan adalah AppOnion.

AppOnion dilihat masih dalam bentuk beta, dan terhad untuk pengguna tempatan buat masa ini. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menemui pelbagai aplikasi dan permainan menarik daripada pembangun tempatan dan juga beberapa aplikasi daripada pembangun luar negara melaluinya.

AppOnion Beta

Ia turut diintegrasikan dengan Google Play Store, dimana apabila pengguna menekan butang muat-turun, ia terus membawa pengguna ke aplikasi Google Play, sekaligus memudahkan proses memuat-turun.

Buat masa ini, tiada sebarang iklan yang dipaparkan pada aplikasi berkenaan, dan pembangunnya mengatakan akan memperluaskan ia ke rantau Asia Tenggara tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd