Carian
Expense Manager – Uruskan Kewangan Anda Pada Peranti Android
November 9, 2013 Aman

Untuk telefon pintar, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan untuk memantau perbelanjaan disamping mencatatkan wang yang dikeluarkan setiap hari. Salah satu aplikasi seumpamanya untuk Android adalah Expense Manager.

Expense Manager membawakan rekaan yang amat kemas dan cantik untuk pengguna Android. Tiada sebarang pengiklanan yang disertakan, dan untuk pengguna biasa, versi percuma memadai untuk urusan mencatatkan dan memantau perbelanjaan anda.

Aplikasi ini juga membawakan rekaan yang dioptimasikan untuk skrin tablet.

Expense Manager

Pengguna turut sama boleh membeli fungsi tambahan melalui pembelian dalam aplikasi, yang menawarkan beberapa sokongan statistik tambahan dalam memantau penggunaan wang.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi Expense Manager ini hari ini.

Komen