Google Terbitkan Panduan Percuma Untuk Android 4.4 KitKat Pada Play Books

Google Terbitkan Panduan Percuma Untuk Android 4.4 KitKat Pada Play Books

Diterbitkan pada November 11, 2013 oleh .

Google Play Books telah diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia beberapa bulan yang lepas, membolehkan pengguna untuk memuat-turun pelbagai buku digital menggunakannya. Menambah koleksinya, kini pihak Google turut terbitkan buku panduan rasmi mereka untuk Android 4.4 KitKat.

Melalui buku panduan percuma ini, ia membolehkan pengguna mengikuti pelbagai fungsi baru yang disertakan pada Android 4.4 KitKat, disamping mengetahui cara mengendalikan peranti mereka.

Buku digital dengan lebih 58 halaman muka surat ini boleh diikuti melalui tablet anda (Android dan iPad), ataupun membacanya terus menggunakan pelayar web anda hari ini.

Baca / Muat-Turun Panduan Android 4.4 KitKat


TIPS & ULASAN