GaySec Melepaskan Sebahagian Pangkalan Data Pengguna Celcom 2012

GaySec Melepaskan Sebahagian Pangkalan Data Pengguna Celcom 2012

Diterbitkan pada November 11, 2013 oleh .

Pada tahun 2011 yang lepas, nama GaySec telah menjadi salah satu perbualan hangat, apatah lagi dengan mereka melepaskan pangkalan data pengguna Telekom Malaysia, disamping mengodam Nuffnang dan beberapa yang lain. Kini, setelah menyepi sekian lama, kelihatan mereka menghadirkan diri kembali.

“Kami akan melepaskan beberapa pangkalan data telko, kerajaan dan sebagainya” – GaySecMelalui perkongsian GaySec di laman Facebook mereka, kini mereka mengeluarkan sebahagian daripada pangkalan data Celcom pada tahun 2012.

Mengikut senarai nama, nombor telefon dan juga nombor kad pengenalan yang diterbitkan, ia berjumlah sehingga 3000 nama. Namun, pihak GaySec memadam sedikit data dalam mengekalkan privasi pemilik.

Menurut GaySec juga, mereka akan melepaskan pangkalan data syarikat telekomunikasi yang lain menjelang tengah hari. Untuk makluman, sebelum ini, pada 2011 mereka pernah mengodam laman Maxis, namun tiada sebarang pangkalan data yang dikeluarkan ketika itu.

Kami tidak berjaya untuk menghubungi pihak Celcom untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan perkara ini.

Kemaskini (12.15 tengah hari) – Pihak GaySec dilihat telah menarik-kembali pangkalan data Celcom yang dikeluarkan mereka dan memohon maaf kerananya.


TIPS & ULASAN