Siri Kad Grafik AMD Radeon R9 Dan R7 Dilancarkan Untuk Pengguna Di Malaysia

Siri Kad Grafik AMD Radeon R9 Dan R7 Dilancarkan Untuk Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan pada November 11, 2013 oleh .
Harga Asus R7 dan R9
R9290X-G-4GD5 RM2399
R9290-4GD5 RM1599
Matrix-R9289X-P-3GD5 RM1499
R928X-DC2T-3GD5 RM1299
R9270X-DC2T-2GD5 RM859
R7260X-DC20C-2GD5 RM589
R7250-1GD5 RM349
R7240-2GD3-L RM265

AMD sedia terkenal dikalangan para peminat gaming dan kini AMD Malaysia turut sama telah menambah tawaran kad grafik untuk pasaran tempatan dimana antaranya adalah AMD Radeon R9 290X, R9 290X, R9 280X, R9 270X, R7 260X dan juga Rz 250.

Siri kad grafik AMD Radeon R9 dan juga R7 dikatakan sebagai GPU untuk permainan era baru. Ia membawakan beberapa sokongan menarik, termasuk sokongan paparan UltraHD, selain membawakan paparan dan pengalaman permainan yang lebih baik berbanding kebiasaan.

Pengenalan AMD Radeon R9 dan R7 ini juga turut menjadi tulang belakang kepada stategi Unified Gaming daripada AMD dalam usaha untuk memberikan pengalaman permainan selari pada komputer, konsol dan sebagainya. AMD dijangka akan menerangkan lebih lanjut mengenainya termasuk Mantle pada acara AMD Developer Summit minggu ini.

AMD Malaysia - Radeon

Selain daripada Mantle, beberapa teknologi lain yang turut disertakan sokongan adalah AMD TrueAudio Technology, AMD Multi-Display Technology dan sebagainya.

Kad grafik AMD Radeon R9 dan juga R7 ini boleh didapati daripada para pengedar AMD seluruh negara


TIPS & ULASAN