Google Memperluaskan Integrasi Data Waze Pada Google Maps Ke Lebih 46 Buah Negara

Google Memperluaskan Integrasi Data Waze Pada Google Maps Ke Lebih 46 Buah Negara

Diterbitkan pada November 12, 2013 oleh .

Google hari ini melalui Twitter berkongsi mengatakan kini laporan insiden Waze boleh dilihat pada Google Maps oleh pengguna di lebih 46 buah negara. Pengumuman ini hadir selepas ia dilihat telah diperkenalkan di beberapa buah negara barat sebelum ini.

Melalui pencarian ringkas juga, ia dilihat sokongan data Waze pada Google Maps turut sama telah boleh diakses oleh pengguna tempatan, membolehkan mereka yang menggunakan aplikasi Google Maps pada iOS atau Android, serta mereka yang mengakses Google Maps pada desktop melihatnya.

Menggunakannya, kini pengguna boleh melihat laporan berkenaan trafik seperti kesesakkan mahupun laporan kemalangan terus melalui aplikasi Google Maps, tanpa perlu melihat Waze seperti sebelumnya.

Walaubagaimanapun, untuk membuat laporan trafik, pengguna masih perlu bergantung kepada aplikasi Waze buat masa ini.


TIPS & ULASAN