Cari @ Amanz

Pada saluran pembangun, pihak Google telah menguji fungsi ini untuk beberapa minggu, dan kini ia dibawa ke saluran Chrome Beta. Menggunakannya, sebuah ikon diperlihatkan pada tab, memudahkan pengguna mengetahui tab manakah yang memainkan audio mahupun ingin mengakses webcam.

Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna untuk mengetahui apakah yang akan diakses ataupun mematikan tab yang mengeluarkan bunyi, dan sebagainya.

Chrome Tab

Selain daripada itu, untuk pengguna Windows 8 yang menetapkan Chrome sebagai pelayar web utama – sekiranya membuka dalam bentuk “Metro” ia kini membawakan integrasi app launcher dengan sebuah tetingkap baru menyerupai ChromeOS.

Google juga turut menambah baik sokongan sekuriti pada Chrome 32 Beta ini, dimana kini ia akan menghalang secara automatik sebarang muat-turun fail yang mengandungi malware.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba Chrome 32 Beta hari ini pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd