Konsep – Microsoft Surface Phone

Konsep – Microsoft Surface Phone

Diterbitkan pada November 12, 2013 oleh .

Sistem operasi telefon pintar Windows Phone sudah genap berusia 3 tahun Oktober lalu. Sejak dari hari pelancaran Windows belum lagi menghasilkan telefon pintar mereka sendiri tetapi bergantung kepada HTC, Nokia dan Samsung untuk menghasilkan produk ini kepada pengguna. Pada tahun 2012 Microsoft memperlihatkan Surface, tablet PC yang dipertaruhkan untuk menghentikan dominasi iPad sebagai tablet paling laris di dunia.

Sungguhpun mereka menghasilkan tablet, aksesori komputer dan juga perisian di bawa jenama mereka sendiri, ramai tertanya-tanya bilakan syarikat yang berpengkalan di Redmont ini akan menghasilkan telefon pintar mereka sendiri. Dengan pembelian Nokia mungkin suatu hari nanti sebuah telefon pintar berjenama Microsoft akan akhirnya menjadi realiti. Kami gemar dengan rekaan dan kemasan Surface dan adalah logik sekiranya sebuah telefon pintar Microsoft mengekalkan estetik yang serupa. Produk Apple dan Xperia Sony kesemuanya mengekalkan astetik rekaan yang sama pada kesemua produk di mereka. Jonas Dähnert seorang pereka telefon mudah alih yang berasal dari Jerman mempunyai idea yang sama seperti kami dan di bawah ialah rekaan konsep Windows Surface Phone beliau. Nampak kemas dan menarik. Mungkin tiba masanya rekaan polikarbonat yang sinonim dengan Lumia memberi laluan kepada rekaan monolitik seperti di bawah.


TIPS & ULASAN