Cari @ Amanz

Pada Disember tahun lepas, sebuah dokumentari telah diterbitkan memfokuskan kepada Minecraft. Ketika diterbitkan, ia juga turut ditawarkan melalui Pirate Bay membolehkan sesiapa yang berminat menontonnya terlebih dahulu, dan membayar sekiranya menyukainya.

Kini, setelah hampir setahun, penerbitnya turut membawa dokumentari tersebut ke halaman YouTube, membolehkan sesiapa yang berminat untuk menontonnya secara percuma di YouTube.

Minecraft merupakan salah satu permainan popular yang dimainkan ramai pengguna di seluruh dunia. Melalui dokumentari ini, ia menyentuh kisah bagaimana ia dibangunkan dan pelbagai perkara di sebaliknya.

Bagi anda yang berminat, boleh menonton dokumentasi sepanjang 1 jam 45 minit ini di YouTube hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd