Cari @ Amanz

Tahun ini, Nissan agak aktif dalam pembangunan teknologi mereka, dimana selain mensasarkan untuk memasarkan kereta panduan automatik menjelang 2020, serta memperkenalkan jam tangan pintar mereka, kini ia dilihat mereka juga akan hadir dengan kaca mata pintar tersendiri.

Dinamakan sebagai Nissan 3E, sebuah video promosi awalnya telah pun diterbitkan oleh Nissan dan dilihat akan diperkenalkan secara rasmi dalam tempoh seminggu lagi pada Tokyo Motor Show 2013.

Info berkenaan peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi. Namun, dari video promosi yang diperlihatkan, ia dilihat menyerupai Google Glass.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Nissan melalui Nissan 3E ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd