Humble Store Diperkenalkan Dengan Tawaran Permainan Pada Harga Rendah

Humble Store Diperkenalkan Dengan Tawaran Permainan Pada Harga Rendah

Diterbitkan pada November 12, 2013 oleh .

Nama Humble Bundle bukan sesuatu yang baru bagi mereka yang meminati permainan indie dan sebagainya. Terkini, selain daripada tawaran mingguan mereka, Humble Store turut diperkenalkan dengan tawaran diskaun harian.

Humble Store

Daripada apa yang dilihat, ia lebih memfokuskan kepada permainan indie, dan mungkin akan ditambah dengan pelbagai permainan lain dari hari ke hari.

Menurut pembangunnya, tawaran Humble Store akan berubah dari hari ke hari, dan seperti biasa, tawaran Humble Bundle mingguan mereka akan diteruskan seperti biasa.


TIPS & ULASAN