Shopify Bakal Menganjurkan Kelas Pembelajaran Asas Pada 10 Disember

Shopify Bakal Menganjurkan Kelas Pembelajaran Asas Pada 10 Disember

Diterbitkan pada November 29, 2013 oleh .

Kesinambungan kepada pelancaran Shopify secara rasmi untuk pasaran Malaysia, mereka telah mengadakan kelas perkongsian ilmu pada hari Sabtu 9 November yang lepas di ibu pejabat SingTel Malaysia, Uptown Damansara. Kini, selang sebulan, Shopify Malaysia dilihat akan menganjurkan kelas pembelajaran mereka sekali lagi pada 10 Disember.

Melaluinya, para peserta akan diajar dengan cara-cara untuk menetapkan kedai Shopify dan didedahkan dengan kisah peniaga yang tidak mempunyai kepakaran IT serta bagaimana mereka menyelesaikan masalah perniagaan atas talian dengan penggunaan Shopify. Tenaga pengajar Shopify akan turut memperlihatkan kepelbagaian pemalam dan tema antaramuka pada Shopify.

Untuk mereka yang terlibat dalam jual-beli di arena internet, mungkin boleh menyertai workshop yang akan dianjurkan Shopify pada penghujung minggu hadapan – 10 Disember di Plug & Play, Level 7, South Tower, Gardens MidValley KL.

Sertai: Kursus Shopify di Kuala Lumpur


TIPS & ULASAN