Carian
Huawei Ascend G700 Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM899
November 12, 2013 Aman

Huawei Ascend G700Huawei sedia menawarkan beberapa peranti berasaskan Android yang menarik. Kini, menambah tawaran mereka untuk pasaran Malaysia adalah telefon pintar terbaru mereka, Huawei Ascend G700 – yang turut hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Huawei Ascend G700 membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720×1280 pixel, memori sebanyak 2GB RAM, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel dan didatangkan bersama-sama Android 4.2 Jelly Bean.

Seperti beberapa peranti Huawei yang lain, ia turut hadir dengan antaramuka khas Huawei, iaitu Emotion UI. Kami masih belum melihat prestasi peranti ini buat masa ini, namun dari segi spesifikasi, boleh dikatakan Huawei Ascend G700 ini antara peranti bersaiz 5-inci dengan memori 2GB yang murah di pasaran.

Komen